Wednesday, 31 October 2012

bahaya bulu kucing pada manusia

BAHAYA BULU KUCING PADA MANUSIA

Setiap kita tentunya suka pada kucing, di jadikan haiwan peliharaan malahan menjadi teman di kala kesunyian.Namun,tahukah anda memelihara si comel ini ada juga risikonya.

Toxoplasmosis adalah salah satu jangkitan kucing, virus ini hidup di dalam usus kucing, ada mitos yang mengatakan bahawa perempuan hamil terutamaya bagi usia kandungan di bawah 4 bulan tidak di galakkan bermain dengan kucing. Kebenaranya adalah bulu kucing merupakan pembawa habuk, habuk dan kotoran mudah melekat pada bulu-bulu kucing.

Toxoplasmosis ini dikatakan boleh menyebabkan keguguran, bukan setakat bulu malahan bau najis kucing juga dikatakan boleh menyebabkan keguguran. Bagi kes ini , penularanya bukanlah daripada pernafasan tetapi dari tangan, iaitu jika selepas kita memegang kucing kita menjamah makanan risiko mendapat jangkitan adalah tinggi kerana tangan kita sudah tercemar.

Bulu kucing juga adalah alahan bagi mereka yang mengidapi penyakit asthma dan kulit, bagi pesakit asma bulu kucing yang kotor dan berhabuk memudahkan serangan jangkitan.Bulu kucing yang mengandungi kutu kucing juga boleh menyebabakan tangan menjadi gatal-gatal .

Cakaran dan gigitan kucing juga dikatakan berbahaya kerana lidah dan gigi kucing mengandungi bakteria, apabila di cakar cukuplah di sapu antiseptik.Tetapi ada juga kes mendapat cakaran yang dalam dan banyak, contohnya daripada kucing liar.Jika itu berlaku harus rujuk di klinik bagi mendapat suntikan pencegahan.

Apa-apapun jika kita memelihara kucing jagalah kucing dan persekitaranya dengan bersih.Mandikanya dengan syampu khas dan jaga diet pemakananya dengan teratur, seboleh-bolehnya janganlah gaul nasi bersama ikan goreng atau memberi nasi dan lauk saki makan kita. Kucing juga makluk Allah hargailah dan peliharalah dengan ikhlas..

Bagi mengatasi masalah ini, saya mengesyorkan bagi rakan-rakan yang mengalami masalah bulu kucing ini agar anda semua dapat memasang penulen udara ( air purifier), tidak kira la apa jenama sekalui pun walau pun saya menjual jenama coway. Ini adalah kerana penulen udara berupaya menyerap semua bulu-bulu yang jatuh dan menapisnya menggunakan penapis sedia ada dan memastikan udara yang keluar dari penulen udara adalah udara yang betul-betul bersih dari sebarang bendasing. Saya berharap anda semua memegang kata kata "mencegah lebih baik dari merawat". Jika yang berminat untuk mendapat penulen udara coway bolehlah menghubungi saya. Terdapat pelbagai model yang ditawarkan, sila lah klik pada button air purifier coway. Saya percaya pasti ada yang anda berkenan..:)


Lombok (AP-1503CHE)



• Advanced Deodorizing Ability 
• Rhythm Cleaning System by Turbo Fan
 
• Automatic Operation by Particle Sensor (4-step)
 
• Sleep Mode Function

• Cluster Negative Ion Generation 
• RBD Plasma System


Sewa - RM 100.00/sebulan @ RM 3.40 sehari

+ pemasangan, servis, penukaran filter dan alat ganti secara   
   percuma selma lima tahun
+ produk menjadi hak milik selepas 5 tahun
+ servis berkala 2bulan sekali selama 5 tahun PERCUMA

salah satu model penulen udara COWAY....mesti dapatkan!!!!  :)


2 comments:

  1. kucing tak seteruk itu.DIRIWAYATKAN bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.

    Pernah juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.

    Mengapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis? Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

    Permukaan lidah kucing ditutupi oleh bonjolan kecil yang runcing. Bonjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik cecair yang jatuh daripada lidahnya.

    Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Itu yang kita lihat kucing selalu menjilat-jilat badannya, sebenarnya ia membersihkan bulunya.

    Telah dilakukan pelbagai penelitian dan kajian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan ujian dengan usapan.

    Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus, seterusnya diambil cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.


    ReplyDelete
  2. Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing akan sakit.

    Manakala Dr. Gen Gustafsiri mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah itu menegaskan, kucing memiliki peranti pembersih yang bernama lysozyme.

    Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan dan lain-lain).

    Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria pada tubuh kucing.

    Daripada hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah dilakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih daripada manusia.

    Kucing merupakan binatang peliharaan yang comel dan manja. Menurut sejarah, haiwan ini telah hidup sejak zaman Firaun lagi iaitu kira-kira 5,000 tahun yang silam dan dikatakan ia pernah hidup di istana Firaun.

    Untuk mengangkat martabat dan nilai-nilai kucing, kebanyakan negara di dunia mengadakan pertandingan ratu kucing dan seumpamanya, termasuk Malaysia bagi memilih kucing yang tercantik dan menawan secara pemarkahan. Pemenang akan memperoleh hadiah-hadiah lumayan.

    Kalau nak jual barang bagi laku,jangan buruk orang atau binatang kecuali kalau nak jual ubat penghilang kesan cakar kucing.

    ReplyDelete